takoyaki

Ini Asal Usul Takoyaki Yang Ramai Tak Tahu.

2024-07-29

Ini Asal Usul Takoyaki Yang Ramai Tak Tahu. | BERITA DINDING : Takoyaki adalah sejenis makanan ringan (snek) yang berasal dari Jepun. Umum mengetahui perkara itu berdasarkan perkataan yang berbunyi jepun iaitu “ta-ko-ya-ki”. Mungkin disebabkan oleh kebiasaan dari rakyat Malaysia yang menonton siri kartun Doraemon yang diketahui gemar memakan snek Dora-yaki. Jadi sebutan yaki di belakang itu membayangkan takoyaki juga adalah sejenis makanan dari Jepun.

takoyaki

MAKSUD TAKOYAKI

Takoyaki jika dibaca secara literal bermakna sotong goreng atau sotong panggang. Ia adalah makanan ringan Jepun berbentuk bebola yang diperbuat berasaskan tepung dan dimasak dalam kuali takoyaki khas.

Di negara Jepun, takoyaki biasanya dipenuhi dengan inti sotong yang dipotong dadu, serbuk tempura (tenkasu), halia jeruk dan bawang hijau. Takoyaki di Jepun dimakan bersama sos takoyaki, mayonis, kemudian ditaburkan dengan rumpai laut (aonori) dan empingan bonito kering (katsuobushi).

Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Sebagai contoh, ada kawasan di Jepun menggunakan Ponzu iaitu kicap dengan dashi (Serbuk makanan laut) dan cuka limau. Ada juga yang meletakkan halia sebagai inti disamping sotong.

TAKOYAKI DI MALAYSIA

Di Malaysia, secara umum takoyaki dipenuhi dengan inti sotong dan juga beberapa inti lain termasuk ayam, udang, ketam dan ada juga yang meletakkan inti ikan bilis. Ya, inti ikan bilis. Selain inti, takoyaki di Malaysia dipenuhi dengan kobis, malah ada juga yang meletakkan daun bawang dan juga lobak sebagai tambahan.

Jualan takoyaki di Jepun selalunya dikaitkan dengan gerai makanan jalanan. Walaubagaimanapun terdapat juga restoran takoyaki khusus yang mantap dan canggih, terutamanya di Osaka dan kawasan Kansai.

SEJARAH TAKOYAKI

Takoyaki mula dipopularkan di Osaka, di mana seorang penjual jalanan bernama Tomekichi Endo. Pada tahun 1935 beliau telah dikreditkan dengan ciptaan takoyaki. Takoyaki diilhamkan dari Akashiyaki, yang merupakan sejenis “bebola celup kecil” dari bandar Akashi, Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada adunan telur dan sotong.

Takoyaki pada mulanya popular di kawasan Kansai. Kemudian ia merebak ke kawasan Kanto dan kemudian ke kawasan-kawasan lain di Jepun. Perkataan “Yaki” berasal daripada “Yaku” yang merupakan salah satu kaedah memasak dalam masakan Jepun. Yaki bermaksud “untuk menggoreng atau memanggang”. Selalunya kaedah ini menggunakan kuali leper seakan kuali burger.

Perkataan “Yaki” juga boleh didapati dalam nama-nama lain barangan masakan Jepun seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan dorayaki. Jadi apabila anda nampak perkataan yaki dalam makanan, sepatutnya ia adalah makanan yang dipanggang ataupun digoreng atas kuali leper. Di Malaysia, daging burger jenama Ramly selalunya dimasak menggunakan kaedah Yaki.

Di Malaysia, takoyaki mula-mula dibawa masuk oleh peniaga berbangsa Cina di di Kluang Johor pada lingungan era 90-an. Kemudian takoyaki telah berkembang sedikit demi sedikit dijual di kiosk-kiosk makanan ringan sebagai menu tambahan selain daripada jualan waffle, kayaball dan jagung cup. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

GERAI KHUSUS

Takoyaki kemudiannya dipopularkan oleh seorang lagi berbangsa Cina yang telah membuka gerai khusus yang hanya menjual takoyaki. Nama gerainya adalah Tako Tao. Bermula dari tahun 2003, pengasas Tako tao telah memulakan perniagaan takoyaki nya dengan membuat validasi pasaran di Pasar Malam Taman Connought, Cheras. Apabila validasi pasarannya berjaya, beliau telah membuka kiosk pertama beliau di Shopping Mall di dalam Sungai Wang Plaza.

Bermula dari situ, kiosk Tako Tao telah berkembang ke kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia apabila pengasasnya berjaya mendapatkan perjanjian dengan pihak Aeon Mall di mana kebanyakan Aeon Mall mempunyai kiosk Tako Tao. Bertepatan dengan tanah lahir Aeon Mall iaitu dari Jepun.

Pada pertengahan tahun 2010, bermula satu lagi revolusi dalam pasaran takoyaki di Malaysia apabila sepasang suami isteri dari Gombak telah membuka gerai pertama Takoyaki milik Bumiputera Muslim dengan misi untuk menjadikan makanan snek Takoyaki menjadi popular dan diterima ramai seperti burger Ramly.

Mereka menamakan kiosk takoyaki mereka sebagai Mytakoyaki yang menggunakan bahan mentah takoyaki sendiri secara kecil-kecilan bagi memastikan kesucian dan status halal bagi produk-produk yang digunakan. Kini Mytakoyaki telah berkembang dengan sejumlah kiosk di seluruh Malaysia, Kiosk Shopping Mall, Kedai dan juga Foodtruck. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

Setelah kira-kira 20 tahun kemasukan takoyaki di Malaysia, takoyaki kian terkenal di kalangan masyarakat, jenama-jenama takoyaki milik Bumiputera Muslim juga kian bertambah.

Boleh dikatakan ramai orang yang pernah mendengar perkataan takoyaki walaupun mereka tidak pernah pun memakan takoyaki. Sebut sahaja takoyaki pasti ramai yang akan membayangkan bebola tepung berintikan sotong yang enak dimakan panas-panas, dibaluti pula dengan sos takoyaki yang pekat, empingan bonito yang lazat dan juga limpahan mayonis jepun yang menyelerakan.

Semoga cita-cita kami pengasas dan pelopor pasaran takoyaki menjadikan snek ini suatu makanan kebiasaan rakyat Malaysia umpama Burger Ramly tercapai.

Artikel Lain