baju

Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu.

2024-04-09

Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu. | BERITA DINDING : Setiap tahun, kita dapat melihat inovasi pada rekaan baju  di pasaran sama ada dari segi potongan, rekaan dan tambahan aksesori.

melayu

Sungguhpun begitu, masih ramai yang mencari rekaan baju  tradisional yang bersifat tidak lapuk dek zaman. Hal ini kerana, pakaian ini dapat menyerlahkan ketampanan seseorang jejaka. Ia turut menyerlahkan identiti dan jati diri sebagai anak Melayu, lagi-lagi dipadankan dengan samping dan songkok.

Ketika kita berbangga dengan salah satu pakaian tradisional yang menjadi legasi keturunan nenek moyang kita, pakaian ini sebenarnya bukan biasa-biasa. Setiap ciri-ciri yang tertera pada pakaian ini sebenarnya memiliki maksud tersirat yang tersendiri.

Astro Awani telah berkongsi berkenaan maksud tersirat yang agak mendalam bagi setiap ciri rekaan yang terdapat pada baju Melayu tradisional.

1. Lima butang baju Melayu

Siapa sangka bahawa lima butang baju Melayu ini sebenarnya melambangkan setiap perkara-perkara yang termaktub dalam Rukun Islam.

Rukun Islam memiliki lima perkara iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Untuk makluman, Rukun Islam ini diibaratkan tiang-tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna.

2. Tiga saku baju

Secara lazimnya, baju Melayu tradisional akan memiliki tiga saku pada bahagian hadapan. Satu berada di belah dada kiri, manakala dua lagi saku berada pada bahagian bawah baju.

Jika sekali imbas, kehadiran tiga saku ini mungkin untuk memudahkan penyimpanan barang-barangan peribadi, khususnya pada bahagian bawah yang bersifat lebih tertutup dan sukar untuk dicilok.

Secara praktikalnya, kehadiran saku ini sangat membantu tetapi tiga saku ini turut melambangkan tiga perkara penting iaitu akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

3. Samping

Tidak lengkap satu sepersalinan baju Melayu tanpa kehadiran kain samping yang dipakai pada paras pinggang. Kain samping yang dilihat sebagai aksesori pelengkap bagi baju Melayu ini turut memiliki pelbagai fungsinya yang praktikal.

Selain pelbagai fungsi, samping juga memiliki perlambangan yang luar biasa iaitu kesungguhan untuk menjaga syahwat, aurat dan maruah.

Bukan itu sahaja, samping juga digunakan untuk menunjukkan status anda. Samping di bawah lutut bermaksud pemakai telah berkahwin, manakala di atasnya bermaksud pemakainya masih bujang.

4. Baju Melayu butang satu

Sebelum ini, kita dapat melihat baju  cekak musang yang memiliki lima butang. Bagaimana pula dengan baju Melayu teluk belanga, yang hanya memiliki satu butang sahaja?

Jika lima butang menggambarkan Rukun Islam, satu-satunya butang pada baju Melayu teluk belanga pula membawa maksud tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu bersiat Esa, hanya satu dan tiada duanya.

Dari mana asal usul baju Melayu?

Untuk makluman, rekaan pakaian tradisional ini telah bermula daripada 700 tahun yang lalu ketika Sultan Melaka kedua, Sultan Muhammad Shah mahukan satu pakaian diraja.

Baju Melayu kemudian dikatakan memiliki banyak pengaruh rekaan daripada pakaian Arab iaitu jubah. Manakala, seluarnya pula dipengaruhi daripada rekaan Turki.

Ringkasnya, baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan masih dipakai oleh lelaki-lelaki di Malaysia sehingga hari ini.

 

Sumber: Astro Awani

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain